Saturday, March 7, 2009

Berduyun-duyun lagi pekerja Bangladesh dijangka tiba

KUALA LUMPUR: Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini, Talat Mahmud Khan, hari ini.

Beliau berkata, walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi.

"Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas," katanya.Talat berkata, walaupun sektor perkhidmatan kini membekukan sementara pengambilan pekerja asing, namun visa bagi pekerja Bangladesh ini telah diluluskan sebelum peraturan itu dikuatkuasakan.

Beliau berkata, dengan kedatangan pekerja baru ini, bilangan warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia akan meningkat kepada hampir 500,000 orang, termasuk 2,000 wanita.

"Pada masa ini, pekerja wanita dari negara itu hanya dibenarkan bekerja dalam sektor pembuatan, terutama di kilang kain serta sarung tangan dan tidak diizinkan bekerja sebagai pembantu rumah," katanya.

Beliau berkata perkara yang sering menjadi sungutan pekerja Bangladesh di Malaysia ialah kebanyakan mereka tidak disediakan tempat tinggal yang sewajarnya dan faedah perubatan seperti yang dijanjikan pihak yang menguruskan kedatangan

mereka.

"Mereka juga kecewa tentang urusan pembaharuan visa yang sering mengambil masa yang lama, ada kalanya hingga tiga bulan, kerana dalam tempoh itu mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin," katanya. - Bernama

------------------------------------------------------------------------------------------------

Harap kerajaan buat sesuatu mengenai perkara ini. Dengan keadaan ekomoni yang tidak menentu. Kadar pengangguran yang semakin meningkat. Dengan kemasukan pekerja asing boleh menidakan hak pekerja tempatan dalam mendapat kerja di tanah air sendiri. Bak kata pepatah "Kera dihutan disusukan, anak mati kelaparan di rumah"

Pekerja tempatan seharus sedardengan keadaan sekarang seharus tidak memilih kerja. Dengan pelbagai usaha dari pihak kerajaan khusus dalam membangunkan bidang usahawan dan pertanian. Bidang ini seharus menjadi pilihan sekarang. pOg

1 comment:

  1. SALAM,
    EDEN TENGOK KEK MONCHEH PUN DAH GAMAI BANGLA.
    JANGAN BUEK HAL SUDAH.

    GAMAI BANGLA KONO GOBUHS SOK.

    ReplyDelete