Thursday, June 4, 2009

KEMALANGAN.. OH KEMALANGAN

REMBAU – Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di KM24.5 Jalan Seremban Tampin, berhampiran persimpangan masuk Kampung Seberang Batu Hampar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.25 pagi itu, pemandu kereta Proton Saga dan penumpangnya mengalami cedera parah selepas tersepit ekoran bahagian depan kereta remuk kesan pelanggaran dengan lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Mohd Dom berkata, kereta yang dipandu mangsa, Mohd Rizan Zainal, 26 dari arah Tampin ke Seremban bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kuala Klawang, Jelebu tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

“Penumpang kereta, dikenali sebagai Supian Salim, 23 turut tersepit dan berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Seremban, manakala pemandu lori yang sehingga kini tidak diketahui identitinya, hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mizan, pemandu kereta berkenaan meninggal dunia di Hospital Seremban, pada jam 8.10 pagi, ekoran kecederaan parah di kepala, selain mengalami patah kaki dan tangan.

Mizan berkata, siasatan mengenai kejadian masih dilakukan pihaknya.

BudakMoncheh: Sekarang banyak betul kemalangan. Di Sungai Dua, Gemencheh depan SK Sungai Dua berlaku kemalangan ngeri siap terbakar kenderaan tersebut. Diharap khusus PBT, Polis & JKR ambil tindakan yang sewajar.