Friday, May 1, 2009

Pasukan Baru KJ

Pasukan Kalah Jalan

Pemuda UMNO dan kepimpinan PEMUDA Negeri-negeri, tak perlu nunggu sampai PRU 13. Buat kajian setempat setiap negeri bermula dari hari ini, untuk buat Pungutan Suara Rakyat Malaysia dalam isu-isu tertentu.

Uji dan Hadapi kemelut semasa dengan hikmah. Pemuda UMNO yang bacul dan dayus, tak payah tunggu lama. Letak jawatan dan duduk ontok-ontok.

Baik dia seorang wakil rakyat ADR atau ADUN, kalu dah nampak lebih temberang daripada kewajaran mengurus polemik rakyat. Bermakna rakyat awam tidak menerima kalian.

Jangan berdayung untuk tunjuk KUASA dan DARJAT. Rakyat sudah muak dengan khianat pemimpin terdahulu, yang LUPA asal-usul dan LUPA daratan. Air yang tenang, jangan disangka tiada buaya. Di mana ada lubuk galah, di sana banyak buaya.

Jika Pemuda UMNO masih sodap buat taik mato, tak payah bising soal PRU 13. Buat mock pilihanraya, tengok keputusan Rakyat.

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang di kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dipetik dari http://paneh.blogspot.com

Budak Moncheh: Sokonggggggggggggg

Thursday, April 30, 2009

Helmi Ketua Pemuda Negeri Sembilan

Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan
Sdr. Mohd Helmy Din
Ketua Pemuda UMNO bahagian Rasah

A Samad Said di Gemencheh

Ceramah khas dan bacaan puisi oleh Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said akan diadakan pada 8 Mei 2009 (Jumaat) jam 9 malam di hadapan Pejabat PAS Tampin, 4464, Taman Datuk Mohd Taha, Gemenceh , N.Sembilan

Turut berceramah ialah Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat.

Isu utama ialah penentangan PPSMI.

Semua dijemput hadir.

BudakMoncheh: Pemuda UMNO Tampin jom pi serbu, kita dengar ape A Samad Said ini berhujah... hendak harapkan Biro Penerangan apo dio buek ontah... bangun lah oitttt...

Tuesday, April 28, 2009

BN Patut Bertanding di DUN Penanti

Pada pendapat aku, BN patut bertanding di DUN Penanti. Menang dan kalah adat bertanding. Menang atau kalah semua dari ALLAH(S.W.T). Apa yang penting, BN sepatut letak calon pada pilihanraya DUN Penanti ini. Harap ada kejutan dari DS Najib... Kita tunggu dan lihat.

Wednesday, April 15, 2009

Negeri Sembilan Bakal Mempunyai MB yang Baru?

Kami difahamkan bahawa Mad Hasan tidak akan kekal lama sebagai MB Negeri Sembilan. Perkara ini menjadi desas desus dan perbualan kebanyakan orang Umno yang rata-ratanya kelihatan 'gembira' mendengar berita ini. Mad Hasan berkemungkinan akan ditukarkan ke Federal dan tidak dapat dipastikan kedudukannya selepas ini.

Mad Hasan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan menggantikan Isa Samad selepas PRU-11 pada 2004. Semenjak menduduki kerusi panas MB Negeri Sembilan, beliau telah melantik abang kesayangannya iaitu Tok Azman sebagai Setiausaha Umno Perhubungan, merangkap Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sembilan. Keputusan Mad Hasan itu tidak begitu disenangi oleh kebanyakan orang Umno kerana abangnya dikatakan sering mencampuri urusan parti dan kerajaan negeri, sehingga ada yang beranggapan bahawa Tok Azman merupakan MB Negeri Sembilan yang sebenar.

Walaupun kebanyakan rakyat Negeri Sembilan dikhabarkan menyukai personaliti dan gaya kerja Mad Hasan sebagai MBNS, namun orang-orang Umno dan kakitangan kerajaan negeri rata-ratanya menolak kepimpinan beliau. Hakikatnya, hanya orang Umno dan kakitangan kerajaan negeri sahaja yang tahu 'siapa' keluarga Mad Hasan yang sebenar. Kami juga dimaklumkan bahawa Tok Azman akan meletak jawatan sebagai Setiausaha Umno Perhubungan Negeri Sembilan tidak lama lagi. Antara alasan perletakan jawatan itu kononnya atas faktor kesihatan dan bukannya disebabkan desakan pucuk pimpinan parti. Wallahualam.

BudakMoncheh: Tunggu & Lihat

Wednesday, March 18, 2009

Sokong Kerajaan Perpaduan BN & PAS

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Lim Guan Eng (New Straits Times, 14 Mac 2009-Hadi must clarify remark) yang menuntut supaya YB Dato Seri Tn Hj Abdul Hadi Awang menjelaskan kepadanya apa yang dimaksudkan oleh Tn Haji Hadi mengenai cadangan untuk menubuhkan sebuah kerajaan campuran bersama Barisan Nasional. Kenyataan YAB Lim Guan Eng menampakkan beliau tidak mempunyai keyakinan langsung terhadap pentadbiran yang berasaskan stabiliti dan perpaduan. Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang ini jelas bermaksud bahawa beliau ingin memecahbelahkan rakyat melalui mainan politik sedangkan rakyat sedang menuntut agar pemimpin beri tumpuan pada pembangunan ekonomi dan hentikan politik perpecahan. YAB Lim Guan Eng sekali lagi menonjolkan sifat kurang ajarnya apabila cuba mengagalkan cadangan agar Melayu menyatukan kuasa politiknya di negara ini. DYMM Tuanku Sultan Selangor, DYAM Raja Muda Perak dan DYAM Raja Muda Perlis telah menyarankan sebelum ini agar Melayu bersatu serta memberi amaran supaya pihak-pihak tertentu jangan cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat. Saya sendiri telah mencadangkan agar PAS kembali kepangkuan BN supaya dapat kita bersama mentadbir negara dengan aman dan baik.Soalnya kini, kenapa DAP mempertikaikan penyatuan Melayu? Kenapakah DAP lebih suka Melayu berpecah seperti yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang? Saya melihat YAB Lim Guan Eng lebih mementingkan kuasa politik partinya daripada memastikan kestabilan negara pada masa yang penuh mencabar ini. Ini adalah bukti pemikiran kepimpinan DAP yang cetek, dan YAB Lim Guan Eng lagi sekali menunjukkan sifat perkauman dan chauvinis parti DAP. Yang paling penting pada waktu ini, adalah perpaduan rakyat, dan bukan kepentingan satu bangsa sahaja. Saya benar-benar berharap pihak PAS dapat menerima baik saranan YB Tan Seri Muhyiddin agar satu cadangan untuk perpaduan yang bertulis dapat dikemukakan kepada Barisan Nasional untuk dipertimbangkan sebaik mungkin. Pada masa yang sama, saya di sini MEMBERI AMARAN kepada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya jangan terus jadi dalang dalam memecahbelahkan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Sekian.

YB Dato Mukhriz Mahathir.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

BudakMoncheh: den sokong, semoga Allah (SWT) dibuka hati dan diberi hidayah dalam usaha ini

Wednesday, March 11, 2009

Mukhriz: Langkah terbaik perkenal calon dengan perwakilan


SEREMBAN: Calon jawatan Ketua Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir berkata langkah 'terbuka' perwakilan berjumpa dengan semua calon yang akan bertanding pada pemilihan pucuk pimpinan Umno hujung bulan ini merupakan langkah terbaik untuk memperkenalkan calon.

Anggota Parlimen Jerlun itu berkata ini bukan masanya untuk sekat-menyekat kerana perwakilan tahu akan haknya untuk mengenal calon dengan lebih dekat.

"Oleh sebab itu, mereka menuntut supaya diberi peluang untuk berjumpa dengan semua calon dan inilah amalan demokrasi yang sihat...saya kira. Dengan cara inilah mereka dapat menilai calon, di mana akhirnya apabila calon dipilih nanti ianya dipilih di atas kriteria yang telah ditepati oleh calon tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan calon Pergerakan Wanita Umno, Pergerakan Pemuda Umno dan Pergerakan Puteri Umno dengan perwakilan Umno Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Berani Berubah