Wednesday, March 18, 2009

Sokong Kerajaan Perpaduan BN & PAS

Saya merujuk kepada kenyataan YAB Lim Guan Eng (New Straits Times, 14 Mac 2009-Hadi must clarify remark) yang menuntut supaya YB Dato Seri Tn Hj Abdul Hadi Awang menjelaskan kepadanya apa yang dimaksudkan oleh Tn Haji Hadi mengenai cadangan untuk menubuhkan sebuah kerajaan campuran bersama Barisan Nasional. Kenyataan YAB Lim Guan Eng menampakkan beliau tidak mempunyai keyakinan langsung terhadap pentadbiran yang berasaskan stabiliti dan perpaduan. Kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang ini jelas bermaksud bahawa beliau ingin memecahbelahkan rakyat melalui mainan politik sedangkan rakyat sedang menuntut agar pemimpin beri tumpuan pada pembangunan ekonomi dan hentikan politik perpecahan. YAB Lim Guan Eng sekali lagi menonjolkan sifat kurang ajarnya apabila cuba mengagalkan cadangan agar Melayu menyatukan kuasa politiknya di negara ini. DYMM Tuanku Sultan Selangor, DYAM Raja Muda Perak dan DYAM Raja Muda Perlis telah menyarankan sebelum ini agar Melayu bersatu serta memberi amaran supaya pihak-pihak tertentu jangan cuba memecahbelahkan perpaduan di kalangan rakyat. Saya sendiri telah mencadangkan agar PAS kembali kepangkuan BN supaya dapat kita bersama mentadbir negara dengan aman dan baik.Soalnya kini, kenapa DAP mempertikaikan penyatuan Melayu? Kenapakah DAP lebih suka Melayu berpecah seperti yang berlaku di Perak dan Pulau Pinang? Saya melihat YAB Lim Guan Eng lebih mementingkan kuasa politik partinya daripada memastikan kestabilan negara pada masa yang penuh mencabar ini. Ini adalah bukti pemikiran kepimpinan DAP yang cetek, dan YAB Lim Guan Eng lagi sekali menunjukkan sifat perkauman dan chauvinis parti DAP. Yang paling penting pada waktu ini, adalah perpaduan rakyat, dan bukan kepentingan satu bangsa sahaja. Saya benar-benar berharap pihak PAS dapat menerima baik saranan YB Tan Seri Muhyiddin agar satu cadangan untuk perpaduan yang bertulis dapat dikemukakan kepada Barisan Nasional untuk dipertimbangkan sebaik mungkin. Pada masa yang sama, saya di sini MEMBERI AMARAN kepada Dato Seri Anwar Ibrahim supaya jangan terus jadi dalang dalam memecahbelahkan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Sekian.

YB Dato Mukhriz Mahathir.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

BudakMoncheh: den sokong, semoga Allah (SWT) dibuka hati dan diberi hidayah dalam usaha ini

No comments:

Post a Comment