Wednesday, April 15, 2009

Negeri Sembilan Bakal Mempunyai MB yang Baru?

Kami difahamkan bahawa Mad Hasan tidak akan kekal lama sebagai MB Negeri Sembilan. Perkara ini menjadi desas desus dan perbualan kebanyakan orang Umno yang rata-ratanya kelihatan 'gembira' mendengar berita ini. Mad Hasan berkemungkinan akan ditukarkan ke Federal dan tidak dapat dipastikan kedudukannya selepas ini.

Mad Hasan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan menggantikan Isa Samad selepas PRU-11 pada 2004. Semenjak menduduki kerusi panas MB Negeri Sembilan, beliau telah melantik abang kesayangannya iaitu Tok Azman sebagai Setiausaha Umno Perhubungan, merangkap Setiausaha Barisan Nasional Negeri Sembilan. Keputusan Mad Hasan itu tidak begitu disenangi oleh kebanyakan orang Umno kerana abangnya dikatakan sering mencampuri urusan parti dan kerajaan negeri, sehingga ada yang beranggapan bahawa Tok Azman merupakan MB Negeri Sembilan yang sebenar.

Walaupun kebanyakan rakyat Negeri Sembilan dikhabarkan menyukai personaliti dan gaya kerja Mad Hasan sebagai MBNS, namun orang-orang Umno dan kakitangan kerajaan negeri rata-ratanya menolak kepimpinan beliau. Hakikatnya, hanya orang Umno dan kakitangan kerajaan negeri sahaja yang tahu 'siapa' keluarga Mad Hasan yang sebenar. Kami juga dimaklumkan bahawa Tok Azman akan meletak jawatan sebagai Setiausaha Umno Perhubungan Negeri Sembilan tidak lama lagi. Antara alasan perletakan jawatan itu kononnya atas faktor kesihatan dan bukannya disebabkan desakan pucuk pimpinan parti. Wallahualam.

BudakMoncheh: Tunggu & Lihat

2 comments:

  1. SAMO2 KITO DOAKAN TOK KAMIL YANG NAIK...

    AMACAM!?

    ReplyDelete
  2. Teruskan usaha anda melanyak kronisme dalam Umno.

    ReplyDelete