Saturday, March 7, 2009

Pemuda Tampin Bangunlah Oit

BUAT KERJA PEMUDA

BRO T dapat tahu , lebih 5000 hadir masa Bro Anwar datang di Tampin malam minggu lalu .

Entah betul entah tidak , mungkin lebih mukin kurang , mana ada yang dapat hitung dengan tepat .

Hebat tu , sampai sesak kawasan Tampin , apa lagi kawasan tu memang sempit sahingga tak muat-muat .

Mana perginya pemuda Umno , sibuk bergasak di tempat lain , Anwar datang Tampin pun tak dapat nak kawal .

Kalau macam tu , makin jauh lah Dun Repah dari BN kerana sambutan orang Tampin pada PR makin meningkat dari masa ke semasa .

Isam dan Sepul asyik nak bergasak aje , tugas sebagai ketua tak buat betul-betul , apa gunanya jadi pemimpin besar kalau setakat dikalangan ahli sahaja .

Rakyat lansung tak pandang , jadi jangan nak ek lah dengan jawatan yang ada kalau tak boleh buat kerja .

Tak kan nak minta Shaziman yang dah sibuk untuk buat kerja pemuda .

Atau Isam minta puteri pakai baju pemuda , itu pun kalau tak malu macam pemuda KP yang tak bertolo .

Lepas ni khabarnya , Pas akan gempur pula kawasan Gemencheh , belakang rumah Isam , tak kan Isam nak biar aje .

Kerja Isam kerja , ramai dah mengata , kerja Isam ialah kerja kontrak aje .

Entah lah ...

Bro T - bimbang dengan peningkatan sambutan kepada PR

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Berbuih den nak bercakap pasal perkara ini, dengan pendedahan bro-T ini harap KP UMNO Bahagian Tampin, Bro Isham buat sesuatu, Jawatan adalah Amanah.

Kadang-kadang, kasihan pulak den tengok ADUN Gemencheh, YB Kamil, macam terbuang didalam Bahagian sendiri...

Berduyun-duyun lagi pekerja Bangladesh dijangka tiba

KUALA LUMPUR: Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini, Talat Mahmud Khan, hari ini.

Beliau berkata, walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi.

"Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas," katanya.Talat berkata, walaupun sektor perkhidmatan kini membekukan sementara pengambilan pekerja asing, namun visa bagi pekerja Bangladesh ini telah diluluskan sebelum peraturan itu dikuatkuasakan.

Beliau berkata, dengan kedatangan pekerja baru ini, bilangan warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia akan meningkat kepada hampir 500,000 orang, termasuk 2,000 wanita.

"Pada masa ini, pekerja wanita dari negara itu hanya dibenarkan bekerja dalam sektor pembuatan, terutama di kilang kain serta sarung tangan dan tidak diizinkan bekerja sebagai pembantu rumah," katanya.

Beliau berkata perkara yang sering menjadi sungutan pekerja Bangladesh di Malaysia ialah kebanyakan mereka tidak disediakan tempat tinggal yang sewajarnya dan faedah perubatan seperti yang dijanjikan pihak yang menguruskan kedatangan

mereka.

"Mereka juga kecewa tentang urusan pembaharuan visa yang sering mengambil masa yang lama, ada kalanya hingga tiga bulan, kerana dalam tempoh itu mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin," katanya. - Bernama

------------------------------------------------------------------------------------------------

Harap kerajaan buat sesuatu mengenai perkara ini. Dengan keadaan ekomoni yang tidak menentu. Kadar pengangguran yang semakin meningkat. Dengan kemasukan pekerja asing boleh menidakan hak pekerja tempatan dalam mendapat kerja di tanah air sendiri. Bak kata pepatah "Kera dihutan disusukan, anak mati kelaparan di rumah"

Pekerja tempatan seharus sedardengan keadaan sekarang seharus tidak memilih kerja. Dengan pelbagai usaha dari pihak kerajaan khusus dalam membangunkan bidang usahawan dan pertanian. Bidang ini seharus menjadi pilihan sekarang. pOg

Keadilan untuk Anwar?

Siapa kata mahkamah di negara ini akan membuat keputusan yang tidak memihak kepada pembangkang?

Awang lontarkan pertanyaan ini kerana isu inilah yang dimainkan oleh pemimpin pembangkang yang cuba mengelirukan rakyat terutama menjelang perbicaraan sebenar kes tuduhan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan dan isu kemelut Dewan Undangan Negeri Perak sekarang.

Jika dibuat kajian, banyak kes ternyata berakhir dengan mahkamah membuat keputusan menyebelahi pemimpin pembangkang. Antaranya ialah kes liwat Anwar di Mahkamah Persekutuan 2004, kes penulis blog, Raja Petra, petisyen-petisyen pilihan raya, kes saman Mahfuz terhadap Utusan dan banyak lagi. Malah UMNO sendiri pernah diharamkan atas keputusan mahkamah.

Awang tidak terkejut dengan sentimen yang dimainkan kerana ia bukan baru. Itulah strategi pembangkang, yang sangat difahami majoriti rakyat negara ini. Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan.

Begitu juga dalam kes Anwar dan Saiful. Daripada awal lagi, pembangkang mengambil strategi pre-emtif seolah-olah Anwar tidak bersalah sedangkan perbicaraan belum bermula. Sekali lagi, isu yang dimainkan ialah keadilan untuk Anwar. Bagaimana pula keadilan untuk rakyat kecil seperti Saiful?

Sebab itu, Awang tidak faham mengapa ada pihak yang gundah dan mahu melengah-lengahkan perbicaraan kes tersebut sedangkan Anwar telah dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan pada Ogos tahun lalu - tempoh yang lama.

Lagi lama kes itu tertangguh kepada isu-isu yang berlegar kepada soal semakan permohonan dan bantahan, selagi itulah ia juga menafikan keadilan untuk pengadu kes ini iaitu Saiful.

Harapan Awang dan rakyat, janganlah ada mana-mana pihak gentar dengan proses keadilan di mahkamah negara ini termasuk bagi kes Anwar - Saiful. Sebenarnya ini adalah kesempatan terbaik kepada Anwar untuk mempertahankan diri dan membersihkan tuduhan terbaru yang dihadapinya. Setelah dipersoalkan oleh banyak pihak kerana tidak berani melakukan sumpah laknat atau muhabalah sebagaimana yang dilakukan oleh Saiful, Anwar boleh tampil dengan berani dan menyakinkan di mahkamah bagi membuktikan dia di pihak yang benar.

Kepada Saiful, Awang harap beliau dapat terus bersabar melalui ujian yang amat berat ini. Terbaru, ada laman blog pembangkang yang mendakwa dia tenat akibat sumpah laknat yang dilafazkannya di dalam masjid, tahun lalu.

Sebaliknya beliau kelihatan sihat, cergas dan tenang ketika muncul di balai polis untuk membuat laporan mengenai fitnah yang dilemparkan menerusi laman blog itu, baru- baru ini. Fitnah sebegini pernah dihadapi oleh beberapa tokoh seperti bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dan juga Ketua Polis Negara sekarang, Tan Sri Musa Hassan.

Adalah menyedihkan fitnah ini menimpa mereka yang cuma menjalankan tugas, tanggungjawab dan mahu menegakkan kebenaran. Golongan pencipta dan penyebar fitnah ini lupa bahawa akhirnya Allah yang menentukan segala-galanya.

Awang masih ingat bagaimana suatu ketika dahulu ramai termasuk ulama pembangkang melakukan sembahyang hajat selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan dipenjarakan kerana kesalahan liwat. Malah ada pemimpin pembangkang yang mengaitkan sembahyang hajat itu untuk tujuan pembalasan terhadap mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang diramalkan akan menerima akibatnya dalam masa terdekat. Dengan izin Allah, Tun Mahathir bukan sahaja melalui hidup yang lebih tenang, sejahtera malah terus disegani termasuk di peringkat antarabangsa. Apa maknanya? Awang tidak mahu dan tidak layak untuk menafsir panjang. Tetapi seperti kata Saiful dalam laman blognya, yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh. UTUSAN

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Keadilan atau kesaksamaan? Keadilan pada anWAR untuk pihak mereka sahaja, pihak lain tidak perlu...pihak lain salah, anWAR aje yang betul.. mengarutlah

HOBIN JANG HOBIN

FA CUP

NEGERI SEMBILAN ... 0 T-TEAM ... 0

(Negeri Sembilan layak agregat 1-0)

Chong Wei layak ke akhir

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki Nombor 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mencatatkan pencapaian bersejarah dalam kerjaya profesionalnya selepas berjaya ke perlawanan akhir Badminton Terbuka All England yang berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham.

Kejayaan itu dicapai apabila beliau mengalahkan Taufik Hidayat dari Indonesia dengan straight set 21-8, 21-13 dalam masa 33 minit.

Chong Wei, 26, pemenang pingat perak Olimpik Beijing dan pemain pilihan pertama, dijangka bertemu sama ada Lin Dan atau Chen Jin, keduaduanya dari China, dalam perlawanan akhir esok. BERNAMA

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Berita yang baik selepas kekalahn Datuk Nicol...

Beli Roket Boleh Bantu Orang Miskin?

GEORGETOWN: Umno Pulau Pinang menyelar tindakan DAP negeri ini yang melancarkan program 'Beli Roket Bantu Miskin Tegar' kerana menganggapnya sebagai satu tindakan tidak bermaruah dan menjijikkan.

Mengikut program itu, setiap naskhah akhbar Roket iaitu lidah rasmi DAP yang dijual oleh golongan miskin tegar pada harga RM2, mereka akan memperoleh keuntungan RM1.

Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Azhar Ibrahim, berkata program itu bukannya satu usaha membantu golongan miskin tegar, sebaliknya memperalatkan kumpulan yang tidak bernasib baik untuk kepentingan parti.

Beliau yang kecewa dengan kerajaan negeri pimpinan DAP yang gagal melaksanakan tindakan berkesan membanteras miskin tegar, menegaskan program itu seolah-olah menjadikan miskin tegar sebagai kuli parti.

"Cara yang digunakan itu sangat tidak bermaruah kerana mahu memperluaskan pengaruh parti dengan menggunakan keringat orang miskin tegar.

"DAP seolah-olah mahu memperhambakan orang miskin tegar untuk kepentingan parti," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, mengumumkan program 'Beli Roket Bantu Miskin Tegar' sebagai antara usaha untuk membantu mengurangkan masalah miskin tegar di Pulau Pinang.

Menerusi program itu, DAP negeri akan memberi peluang kepada golongan miskin tegar untuk menjual akhbar Roket. Peserta program itu akan membeli akhbar Roket pada harga RM1 senaskah dan menjualnya pada harga RM2.

Azhar yang juga Adun Penaga berkata, taktik yang digunakan oleh DAP itu pernah diamalkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh kerajaan, Al-Arqam.

"Sebelum ini, pertubuhan itu memperalatkan kanak-kanak untuk menjual bahan terbitan mereka dan kini DAP mahu menjadikan orang miskin tegar sebagai kuli parti itu," katanya.

Serentak itu, beliau yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) mahu DAP menarik balik program berkenaan.

Katanya, kerajaan negeri perlu merangka program yang berkesan dengan menyediakan peruntukan khas untuk membanteras miskin tegar, bukannya mengambil kesempatan ke atas pihak lain.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada pandangan aku, DAP pun sudah tidak betul. Banyak cara lagi yang boleh bantu orang miskin. Ini sahaja yang boleh difikiran oleh Pakatan Rakyat dalam membantu rakyat yang miskin. Aku puji cara Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang melancarkan Program dalam membantu miskin tegar. Ini baru perintah negeri, kalau negara pulak nanti, buat program wajib pelajar beli Roket di sekolah-sekolah, macam-macam lah.

PPSMI-Masalah yang bermasalah

PETALING JAYA: Perhimpunan 100,000 Rakyat petang ini - dianjurkan bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), bertukar ganas dengan beratus-ratus penyokongnya merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara.

Bagaimanapun perarakan itu berjaya disuraikan sebelum mereka tiba di kawasan Istana Negara.

Insiden itu juga menyebabkan kesesakan teruk di ibu negara.

Kira-kira 124 orang ditahan berhubung perarakan haram itu.

Pihak polis telah memulakan sekatan di 16 lokasi di sekitar ibu negara sejak awal pagi tadi.

Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis bermula di Masjid Negara, yang jauhnya kira-kira satu kilometer pada pukul 2 petang tadi untuk menuju ke Istana Negara.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Kira-kira 20 minit kemudian mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.

Bagaimanapun mereka ditahan di laluan pertemuan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana.

Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang sebelum ini hanya membenarkan tujuh wakil GMP ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pun begitu, kira-kira pukul 2.30 petang tadi, hanya Pengerusi Jawatankuasa Induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang berada di pintu masuk utama ke kawasan Istana Negara.

Difahamkan beliau memasuki kawasan Istana Negara pukul 2.35 petang dan keluar 15 minit kemudian.

Memorandum pihaknya diserahkan kepada Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini.

Sepatutnya tujuh orang dimaklumkan telah mendapat kebenaran untuk memasuki Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

Terdahulu mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.

Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Banyak cara yer kita hendak meluahkan pendapat, bukan ini cara yer,