Wednesday, March 11, 2009

Mukhriz: Langkah terbaik perkenal calon dengan perwakilan


SEREMBAN: Calon jawatan Ketua Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir berkata langkah 'terbuka' perwakilan berjumpa dengan semua calon yang akan bertanding pada pemilihan pucuk pimpinan Umno hujung bulan ini merupakan langkah terbaik untuk memperkenalkan calon.

Anggota Parlimen Jerlun itu berkata ini bukan masanya untuk sekat-menyekat kerana perwakilan tahu akan haknya untuk mengenal calon dengan lebih dekat.

"Oleh sebab itu, mereka menuntut supaya diberi peluang untuk berjumpa dengan semua calon dan inilah amalan demokrasi yang sihat...saya kira. Dengan cara inilah mereka dapat menilai calon, di mana akhirnya apabila calon dipilih nanti ianya dipilih di atas kriteria yang telah ditepati oleh calon tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan calon Pergerakan Wanita Umno, Pergerakan Pemuda Umno dan Pergerakan Puteri Umno dengan perwakilan Umno Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Berani Berubah

2 comments:

  1. ari tu maso jumpo mukhriz kat seremban..orang kanan eh cakap.. kalau puteri dan wanitapun boleh ngundi...confirm mukhriz ni boleh monang.

    ReplyDelete
  2. BOTUL KATO KAU TU JAH.... EDEN SOKONG.

    MUKHRIZ NI, BAGI EDEN PEMIMPIN MASA DEPAN.
    TAK POCAYO... KOGREK JARI DEN.

    ReplyDelete