Thursday, June 18, 2009

KISAH DATO KAMIL, ADUN GEMENCHEH




Aku ada terjumpa satu aktikal mengenai Dato Kamil, ADUN Kawasan Gemencheh di http://toknal.blogspot.com/. Ini aktikal dia.

BAGI Puan salbiah Kidam , 70 dari Kampung Mantai , Gemencheh tiada yang lebih mengembirakan hatinya selain menerima rombongan wakil rakyatnya Dato Mohd Kamil A Aziz , yang meninjau keadaan rumahnya yang diberitakan uzur .

Lawatan singkat bersama-sama Penghulu dan sebilangan kontraktor itu setidak-tidak memberikan ruang kepada beliau untuk meluahkan isi hatinya kepada wakil rakyat .

Banyak bantuan yang diberikan kerajaan kepada beliau termasuk membina sebuah rumah PPRT untuk anaknya , tetapi keadaan rumah beliau perlu dibaiki juga .

Menurut Dato Kamil , kerajaan amat prihatin dengan nasib mereka yang benar-benar miskin dan usaha telah dijalankan bagi membaiki rumah Puan Salbiah .

Apa yang perlu ialah Puan Salbiah harus bersbar kerana ianya memerlukan masa dan peruntukan .

Dalam kunjungan itu juga Puan Salbiah menerima sumbangan dari YB bagi meringankan beban beliau dan beliau merakamkan ucapan terima kasih .

Menurutnya , wakil rakyat yang prihatin adalah wakil rakyat yang menjadi pilihannya.




UNGKAPAN Turun Padang memang biasa kita dengar dan pemimpin berjiwa besar dan juga pegawai dan kakitangan kerajaan memang di pertanggungjawabkan untuk tuan run padang , menjenguk kawasan lapangan mereka .

Jangan meneropong dari atas katil sahaja kerana maklumat yang disampaikan belum tentu kebenarannya berbanding jika turun sendiri menyiasat dan melapurkan hasil siasatan kepada pehak atasan .


Dato Kamil , Adun Gemencheh adalah antara pemimpin yang memang sentiasa turun padang tanpa mengira waktu .

Kalau siang berada di pejabat atau menghadiri mesyuarat , petang pasti berada di kampong atau majlis-majlis tertentu dan malamnya pula berada bersama rakyat dimasjid dan surau .

Begitu lah wakil rakyat tulin dan sewajarnya dibanggakan .

Hujung minggu lalu Dato Kamil meninjau sendiri kerja-kerja membaiki atap rumah saorang penduduk miskin dan memberikan pandangan dan komentar serta meneliti mutu kerja yang dijalankan kontraktor .

Nasib baiklah kerja-kerja yang dijalankan memuaskan , kerana jika tidak Dato Kamil adalah orang pertama yang akan memberikan komen pedasnya kepada kontraktor tersebut .

Tahniah lah Dato Kamil dari Tok Nal .

Teruskan usaha murni itu .

BudakMoncheh: Ini ada Wakil Rakyat yang kita cari, susah senang bersama rakyat. 1Malaysia, Rakyat Didahuukan, Pencapaian Diutamakan. Jawatan satu Amanah. Jangan lupa, rakyat sekarang pandai dalam menilai baik-buruk seorang pemimpin. Sekira tidak betul. Tunggulah hukuman rakyat pada PRU13.

No comments:

Post a Comment