Wednesday, March 11, 2009

Mukhriz: Langkah terbaik perkenal calon dengan perwakilan


SEREMBAN: Calon jawatan Ketua Pemuda Umno Datuk Mukhriz Mahathir berkata langkah 'terbuka' perwakilan berjumpa dengan semua calon yang akan bertanding pada pemilihan pucuk pimpinan Umno hujung bulan ini merupakan langkah terbaik untuk memperkenalkan calon.

Anggota Parlimen Jerlun itu berkata ini bukan masanya untuk sekat-menyekat kerana perwakilan tahu akan haknya untuk mengenal calon dengan lebih dekat.

"Oleh sebab itu, mereka menuntut supaya diberi peluang untuk berjumpa dengan semua calon dan inilah amalan demokrasi yang sihat...saya kira. Dengan cara inilah mereka dapat menilai calon, di mana akhirnya apabila calon dipilih nanti ianya dipilih di atas kriteria yang telah ditepati oleh calon tersebut," katanya kepada pemberita selepas majlis pertemuan calon Pergerakan Wanita Umno, Pergerakan Pemuda Umno dan Pergerakan Puteri Umno dengan perwakilan Umno Negeri Sembilan di sini, malam tadi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Berani Berubah

Tuesday, March 10, 2009

Ini yang terjadi bila agama lain boleh guna nama Allah

Anda minat melihat sinetron Jelita? Agnes Monica yang menjadi heroin dalam cerita itu mungkin mampu memukau anda kerana…hmm…kecomelannya? Kecantikannya? Ya, mungkin bisa anda tergoda dong.

TAPI AWAS!!!

Lagu Allah Peduli yang dinyanyikannya mungkin menjadi tarikan kepada anda. Kalau di Malaysia lagu-lagu yang mempunyai perkataan Allah ini sudah semestinya nasyid dan berunsur dakwah kepada Islam.

TAPI AWAS!!! LAGU ALLAH PEDULI OLEH AGNES MONICA INI BOLEH MENGELIRUKAN UMAT ISLAM.

Mungkin ini yang boleh terjadi jika perkataan Allah dibenarkan penggunaannya kepada bukan Islam di Malaysia. Lihat lirik Allah Peduli oleh Agnes Monica di bawah (banyakkan Istighfar bila di rangkap terakhir):

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
SEBAB ALLAH YESUS KU MENGERTI

www.mohdaizal.com

Budak Moncheh: Ini yang diperjuangkan anWAR dan Pakatan Rompak. Semoga Allah (SWT) membuka hati-hati mereka.


PERHIMPUNAN PRIBUMI PERKASA NEGARA


PERHIMPUNAN PRIBUMI PERKASA NEGARA 22.MAC.09 (AHAD) 8.00 PAGI bertempat di Kompleks Sukan TNB Bangsar. Sesi Pagi Ucaptama Oleh Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4. Sebelah Petang Sidang Kemuncak PERKASA. Kepada Bloggers BPN semua dijemput hadir demi kepentingan bangsa dan agama.

Minta tolong sahabat blogger terutamanya ahli BPN untuk menghebahkan perkara ini.

Bajet Mini: RM60 Bilion


Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sedang membentangkan pakej rangsangan kedua atau bajet mini bernilai RM60 bilion di Parlimen.

Monday, March 9, 2009

RM35 bilion nilai bajet mini dibentang hari ini?

PETALING JAYA: Pakej rangsangan ekonomi kedua yang turut dikenali sebagai bajet mini, yang akan diumumkan di Parlimen esok dipercayai akan mencecah dana RM35 bilion.

Beberapa maklumat yang diperoleh menunjukkan jumlah tersebut kemungkinan sekurang-kurangnya berada dalam lingkungan RM30 bilion - melebihi angka rasmi didedahkan di Dewan Rakyat minggu lalu.

Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, maklumat yang diperoleh beliau menunjukkan bajet mini ini, yang akan diumumkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, kemungkinan mencecah hampir RM30 bilon - lebih tiga ganda daripada peruntukan diumumkan sebelum ini.

"Sekarang kita dengar bahawa pelan rangsangan yang akan diumumkan esok kemungkinan bernilai antara RM25 hingga RM30 bilion yang saya dan lain-lain memikirkan bahawa diperlukan berbanding dengan RM10 bilion sebagaimana diumumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan di Parlimen minggu lalu," kata beliau dalam blognya semalam.

"Adakah kerajaan secara tiba-tiba telah menggandakan atau menaikkan tiga kali ganda jumlah pakej rangsangan ekonomi (yang pertama dana Valuecap dan yang kedua sebanyak RM7 bilion," kata Ketua Umno Gua Musang ini.

Beliau turut mengakui negara memerlukan dana yang lebih besar bagi berhadapan dengan kesan kemelesetan ekonomi dunia buat masa sekarang.

Laporan Bloomberg hari ini pula berkata, Malaysia kemungkinan akan mengumumkan potongan cukai, perbelanjaan awam dan beberapa pendekatan lain yang jumlahnya lebih daripada RM30 bilion - empat kali ganda berbanding dengan rancangan awal.

Agensi itu memetik pakar ekonomi AmResearch Sdn., Manokaran Mottain sebagai berkata, Malaysia memerlukan dana pakej rangsangan kedua sekurang-kurangnya RM33 bilion.

Khamis lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Kong Cho Ha berkata, sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi kedua atau bajet mini yang akan diumumkan esok melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM10 bilion.

Jangkaan RM10 bilion itu membabitkan RM5 bilion bagi perbelanjaan pembangunan dan selebihnya bagi perbelanjaan mengurus.

Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2009 berkaitannya telah dibentangkan untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat Khamis lalu.

"Pada masa ini saya rasa lima tambah lima. Ini yang dibentangkan hari ini. Semua boleh tahu 10 Mac ini," katanya.

Bacaan kali kedua rang undang-undang ini akan dibentangkan pada pukul 4 petang esok.

Keesokan hari, Ketua Menteri Pulau Pinang dan ahli Parlimen DAP, Lim Guan Eng berkata, program rangsangan kedua ekonomi bernilai RM10 billion yang dicadangkan itu terlalu kecil nilainya dan ia tidak mencukupi untuk menyelamatkan ekonomi negara.

"Bajet mini itu memang betulbetul mini dan tidak cukup untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara kerana RM10 billion itu hanya boleh menyumbang satu peratus kepada Keluaran Negara Kasar (KNK) dan untuk mencapai sasaran 3.5 peratus, RM30 billion diperlukan.

"Saya berharap kerajaan pusat boleh memperuntukkan jumlah wang yang lebih besar untuk meransang pertumbuhan ekonomi negara," katanya. mSTAR

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tunggu & Lihat. isyallah

Sunday, March 8, 2009

Suasana Hiba di Pekan Gemencheh

Gemencheh, pekan kecil di Daerah Tampin. Kebanyakan penduduk majoriti orang Islam, Apa yang saya hendak bentangkan ialah banyak kedai berasaskan perjudian tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Kebanyakan pengunjung ada seagama dan sebangsa dengan saya. Dari muda hingga ke tua. Dari motong gotoh hingga kakitangan kerajaan.


Suasana pada petang di Gemencheh. Penuh orang masuk nombor ekor. Kono ko tidak ini. Yang sedih kebanyakan membeli yer seagama dan sebangsa dengan aku.. aduss. Dari yang tua hingga yang muda, tidak sodar diri langsung

Kodai nombor ekor sebaris dengan Bank. hehehe. Harap khusus pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan dan pihak masyarakat dapat memantau dan mengambil tindakan yang sewajar mengenai perkara ini. Keadaan ini menakutkan bila ada sebilangan bapa yang membawa anak-anak mereka semasa membeli nombor ekor. Ini akan memberi pengaruh yang tidak sihat pada kanak-kanak tersebut.

Elok pakcik ini berniaga jual petai dan air. Jadi halal. Alhamdullilah. Ponoh potai pak oittttttt. Goreng dengan sambal sodap tu.

SURAH-SURAH AL QURAN BERKAITAN PERJUDIAN

Al Quran, Surah Al-Baqarah, Ayat 219

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,

Al Quran, Surah Al-Maa-idah, Ayat 90

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.

Al Quran, Surah Al-Maa-idah, Ayat 91

Sesungguhnya setan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

Budak Moncheh-Bukan hendak memalukan sesiapa dalam hal ini. Sekadar untuk mengingati sesama kita bahawa setiap perbuatan kita dilihat Allah SWT dan setiap perbuatan kita akan diisap oleh Allah SWT pada hari Akhirat kelak.