1. Saya ingatkan kes Ambalat sudah ditutup dari kamus hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia, rupa-rupanya ia terus menjadi api dalam sekam di antara kedua-dua negara.
2. Hubungan sejuk panas di antara Malaysia dan Indonesia ini bukan satu perkara baru, sejarah telah membuktikan bagaimana Empayar Majapahit memandang dengan cemburu kemajuan dan kemasyuran kerajaan Melayu Melaka pada zaman itu.
3. Kemuncaknya adalah apabila Hang Tuah berjaya menewaskan pahlawan terhandal Majapahit ketika itu dan membawa lambang kedaulatan empayar itu pulang ke Melaka iaitu keris Tamingsari.
4. Tangkas dan liciknya orang Melayu, sehinggakan pahlawan teragung tertumpas dengan mudah dan senjata terhebat mereka bertukar tangan dan terus kekal di tangan laksamana Melaka.
5. Hubungan di antara kedua-dua negara ini sekali lagi merundum pada zaman moden apabila
Indonesia di bawah kekuasaan Soekarno cuba "Menganyang Malaysia"
6. Angkatan Laut Republik Indonesia (ALRI) pada kemuncak kekuatannya pada 1965 dilengkapi dengan kekuatan yang tiada tandingannya di rantau ini iaitu kapal-kapal selam jenis Whisky, kapal pemusnah kelas Skory, friget kelas Riga dan kapal tempur cepat jenis Komar, semua kekuatan ini dilibatkan untuk satu misi yang diberi nama Operasi Dwikora bagi menyekat pembentukan Malaysia.
7. Angkatan Udara Republik Indonesia (AURI) pada ketika itu sudah pun mempunyai pesawat
pengebom jarak jauh Ilyushin IL-28, pesawat pejuang MIG-15, Mig-17 dan pesawat yang digeruni di dunia barat waktu itu MIG-21.
8. Semua kekuatan itu bagaimanapun gagal menyekat pembentukkan Malaysia.
9. Seramai 590 nyawa di kalangan tentera dan gerila Indonesia rebah tersungkur dalam pertempuran dan Malaysia serta negara komanwel lain kehilangan 114 korban.
10.222 tentera dan gerila Indonesia mendapat kecederaan manakala 771 menjadi tahanan perang sepanjang perang terhad atau konfrantasi yang berlaku di antara 1962 hingga 1966 ketika itu.
11.Sebelum terjadinya isu kepulauan Sipadan dan Ligitan, saya memerhatikan rakyat serta media Indonesia memandang tinggi ke atas negara ini malah pembelian MIG-29 dan Hornet Malaysia menjadi contoh klasik yang sering digunakan oleh media mereka apabila membandingkan keadaan pesawat F-16 dan Hawk mereka yang tersadai akibat kekurangan alat ganti berikutan embargo yang dikenakan oleh dunia barat ke atas mereka ini.
12.Selepas kedua-dua pulau itu dimenangi oleh Malaysia melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2002, luka dan sifat "inferiority comlex" orang-orang Indonesia berdarah kembali.
13.Semasa perbicaraan mengenai tuntutan kedua-dua pulau ini sedang dibincangkan, Filiphina ketika itu cuba mengambil kesempatan memasukkan tuntutannya ke atas Sabah tetapi ia ditolak mentah oleh ICJ.
14.Nada-nada benci dan gelaran "Malingsia" (Melayu Pencuri) atau "Malay" mula menjadi ukuran maki hamun mereka, malahan panggilan "Indon" ke atas bangsa itu amat-amat menaikkan darah mereka.
15.Masalahnya, orang Malaysia, tidak peduli jika mereka dipanggil "Malingsia" kerana perkataan itu kedengaran begitu asing dan tidak begitu berjaya menjejaskan emosi orang-orang Melayu di sebelah sini.
16.Panggilan "Malay" sebagai lawan kepada "Indon" juga tidak begitu diambil pusing oleh orang-orang Melayu kerana mereka ini tidak nampak bagaimana ayat pendek itu boleh dijadikan sebab penghinaan kepada bangsa kita.
17.Saya pernah membaca memo dari Kedutaan Indonesia yang melarang keras penggunaan "Indon" yang digunakan oleh media tempatan kita apabila merujuk kepada rakyat Indonesia kerana bagi mereka, singkatan itu sebagai satu bentuk penghinaan.
18.Sekali lagi, isu perebutan kepulauan Ambalat di Laut Celebes pada tahun 2005 menjadi titik noktah terpenting dalam hubungan di antara dua kuasa di rantau ini apabila kapal-kapal perang kedua-dua negara itu mula mencabar di antara satu sama lain.
19.Kemuncak pertikaian hampir menjadi konflik bersenjata apabila kapal Indonesia, KRI Tedong Naga melanggar kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) iaitu KD Rencong sebanyak 3 kali pada 8 April 2005.
20.Dalam insiden itu, KD Rencong yang sudah berusia lebih dari 30 tahun rosak di beberapa bahagian makala, KRI Tedong Naga, yang merupakan besar kapal corvette dari dibelai terpakai dari Jerman Timur hanya terkopek cat.
20.Semasa isu tersebut, Malaysia menghantar pesawat-pesawat Hawknya ke pengkalan TUDM di Labuan sebagai langkah berjaga-jaga manakala satu operasi khas dibuat untuk menahan kesemua warganegara Indonesia di sekitar bandar Labuan.
21.Indonesia turut mengirimkan empat pesawat F-16 mereka ke pengkalan udara di Balikpapan.
22.Pihak Indonesia turut merekodkan "kononnya" 35 pecerobohan oleh kapal dan pesawat Malaysia pada tahun 2006.
23.Media Indon juga diilihat menjadi batu api dan membakar semangat juang rakyat Indonesia
sehingga menjadi begitu kemuncak apabila, akhbar Kompas mereka-reka permohonan maaf dari
Menteri Pertahanan ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
24. Ketua Pengarang Kompas, Suryopratomo kemudian membuat permohonan maaf dalam sebuah berita yang dilaporkan di halaman depan harian tersebut pada 4 Mei 2005, di bawah judul Kompas dan Deputi Perdana Menteri Malaysia Sepakat Berdamai.
25.Saya pada ketika ini berada di Surabaya, Indonesia dan rasa takut-takut juga jika terperangkap dalam api kemarahan rakyat Indonesia, sebelum berlaku apa-apa, sempat juga saya membeli belah dan melawat monumen kapal selam Indonesia.
26.Sempat juga saya melakukan tinjauan dan berbual dengan beberapa orang rakyat Indonesia yang beranggapan, isu tersebut merupakan tektik untuk mengalihkan perhatian rakyat Indonesia terhadap kenaikan harga minyak oleh Pertamina di republik terbabit.
27.Akibatnya, secara senyap, pelabur-pelabur Malaysia yang banyak memegang saham dalam media cetak serta elektronik Indonesia mula memberi ugutan kepada mereka, jika pihak media Indonesia terus menjadi api di dalam sekam terhadap isu Ambalat ini, pelabur-pelabur yang terdiri dari rakyat kita akan menarik pelaburan mereka.
28.Syarikat-syarikat gergasi Indonesia termasuk korporat media mereka menjadi begitu takut kerana republik Indonesia pada saat itu amat memerlukan bantuan dan pelaburan dari Malaysia, isu tersebut kemudian terpadam begitu sahaja.
29.Moralnya janganlah bising sangat apabila ada rakyat kita menanam modal di luar negara, ada sebab sebenarnya, kalau tidak tahu, janganlah bising sangat, kronilah, nepotismelah...banyakkan membaca buku lebih baik dari terikut-ikut orang berteriak.
30.Saya juga mendapat maklumat semasa operasi menyelamat di Acheh, Tentera Indonesia sering menganggu hubungan komunukasi radio tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi di situ malah pada satu ketika, tentera mereka sengaja mendatangkan tekanan agar pasukan penyelamat kita cepat balik ke Malaysia.
31.Bukan itu sahaja, saya juga sering mendengar curi melalui sejenis alat khas yang dipanggil "Scanner" gangguan radio amatur Indonesia yang memasuki siaran kecemasan pasukan keselamatan dan penyelamat kita seperti milik bomba.
32.Gangguan ini dibuat melalui penyiaran lagu-lagu keroncong atau dangdut.
AMBALAT HARI INI
33. Terkini pada 25 Mei lepas, kapal TLDM, KD Yu (Fast Attack Craft-Gun) yang sudah tua, hampir sahaja ditembak oleh kapal Indonesia, KRI Untung Suropati, kapal korvet serba lengkap hasil belian terpakai dari negara Jerman Timur.
34. Beberapa hari kemudian, KD Baung sekali lagi didakwa mencerobohi perairan Ambalat dan segera dihalau oleh KRI Untung Suropati.