Thursday, June 18, 2009

KISAH DATO KAMIL, ADUN GEMENCHEH




Aku ada terjumpa satu aktikal mengenai Dato Kamil, ADUN Kawasan Gemencheh di http://toknal.blogspot.com/. Ini aktikal dia.

BAGI Puan salbiah Kidam , 70 dari Kampung Mantai , Gemencheh tiada yang lebih mengembirakan hatinya selain menerima rombongan wakil rakyatnya Dato Mohd Kamil A Aziz , yang meninjau keadaan rumahnya yang diberitakan uzur .

Lawatan singkat bersama-sama Penghulu dan sebilangan kontraktor itu setidak-tidak memberikan ruang kepada beliau untuk meluahkan isi hatinya kepada wakil rakyat .

Banyak bantuan yang diberikan kerajaan kepada beliau termasuk membina sebuah rumah PPRT untuk anaknya , tetapi keadaan rumah beliau perlu dibaiki juga .

Menurut Dato Kamil , kerajaan amat prihatin dengan nasib mereka yang benar-benar miskin dan usaha telah dijalankan bagi membaiki rumah Puan Salbiah .

Apa yang perlu ialah Puan Salbiah harus bersbar kerana ianya memerlukan masa dan peruntukan .

Dalam kunjungan itu juga Puan Salbiah menerima sumbangan dari YB bagi meringankan beban beliau dan beliau merakamkan ucapan terima kasih .

Menurutnya , wakil rakyat yang prihatin adalah wakil rakyat yang menjadi pilihannya.




UNGKAPAN Turun Padang memang biasa kita dengar dan pemimpin berjiwa besar dan juga pegawai dan kakitangan kerajaan memang di pertanggungjawabkan untuk tuan run padang , menjenguk kawasan lapangan mereka .

Jangan meneropong dari atas katil sahaja kerana maklumat yang disampaikan belum tentu kebenarannya berbanding jika turun sendiri menyiasat dan melapurkan hasil siasatan kepada pehak atasan .


Dato Kamil , Adun Gemencheh adalah antara pemimpin yang memang sentiasa turun padang tanpa mengira waktu .

Kalau siang berada di pejabat atau menghadiri mesyuarat , petang pasti berada di kampong atau majlis-majlis tertentu dan malamnya pula berada bersama rakyat dimasjid dan surau .

Begitu lah wakil rakyat tulin dan sewajarnya dibanggakan .

Hujung minggu lalu Dato Kamil meninjau sendiri kerja-kerja membaiki atap rumah saorang penduduk miskin dan memberikan pandangan dan komentar serta meneliti mutu kerja yang dijalankan kontraktor .

Nasib baiklah kerja-kerja yang dijalankan memuaskan , kerana jika tidak Dato Kamil adalah orang pertama yang akan memberikan komen pedasnya kepada kontraktor tersebut .

Tahniah lah Dato Kamil dari Tok Nal .

Teruskan usaha murni itu .

BudakMoncheh: Ini ada Wakil Rakyat yang kita cari, susah senang bersama rakyat. 1Malaysia, Rakyat Didahuukan, Pencapaian Diutamakan. Jawatan satu Amanah. Jangan lupa, rakyat sekarang pandai dalam menilai baik-buruk seorang pemimpin. Sekira tidak betul. Tunggulah hukuman rakyat pada PRU13.

Friday, June 12, 2009

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN PEKAN GEMENCHEH 2009

PERSIDANGAN PEMUDA UMNO CAWANGAN PEKAN GEMENCHEH:

TARIKH: 15TH JUN 2009
MASA: 0830 MALAM
TEMPAT: BALAI NUR IMAN, PEKAN GEMENCHEH

PERSIDANGAN TAHUNAN UMNO CAWANGAN PEKAN GEMENCHEH:

TARIKH: 20TH JUN 2009
MASA: 0830 MALAM
TEMPAT: BALAI NUR IMAN, PEKAN GEMENCHEH:

BudakMoncheh: Kenapolah mesyuarat pemuda dan cawangan dilangsung secara berasingan... pelik ini... lu fikir lah sendiri..hehe

ISU AMBALAT: SATU PANDANGAN KETIGA

1. Saya ingatkan kes Ambalat sudah ditutup dari kamus hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Indonesia, rupa-rupanya ia terus menjadi api dalam sekam di antara kedua-dua negara.

2. Hubungan sejuk panas di antara Malaysia dan Indonesia ini bukan satu perkara baru, sejarah telah membuktikan bagaimana Empayar Majapahit memandang dengan cemburu kemajuan dan kemasyuran kerajaan Melayu Melaka pada zaman itu.

3. Kemuncaknya adalah apabila Hang Tuah berjaya menewaskan pahlawan terhandal Majapahit ketika itu dan membawa lambang kedaulatan empayar itu pulang ke Melaka iaitu keris Tamingsari.

4. Tangkas dan liciknya orang Melayu, sehinggakan pahlawan teragung tertumpas dengan mudah dan senjata terhebat mereka bertukar tangan dan terus kekal di tangan laksamana Melaka.

5. Hubungan di antara kedua-dua negara ini sekali lagi merundum pada zaman moden apabila
Indonesia di bawah kekuasaan Soekarno cuba "Menganyang Malaysia"

6. Angkatan Laut Republik Indonesia (ALRI) pada kemuncak kekuatannya pada 1965 dilengkapi dengan kekuatan yang tiada tandingannya di rantau ini iaitu kapal-kapal selam jenis Whisky, kapal pemusnah kelas Skory, friget kelas Riga dan kapal tempur cepat jenis Komar, semua kekuatan ini dilibatkan untuk satu misi yang diberi nama Operasi Dwikora bagi menyekat pembentukan Malaysia.

7. Angkatan Udara Republik Indonesia (AURI) pada ketika itu sudah pun mempunyai pesawat
pengebom jarak jauh Ilyushin IL-28, pesawat pejuang MIG-15, Mig-17 dan pesawat yang digeruni di dunia barat waktu itu MIG-21.

8. Semua kekuatan itu bagaimanapun gagal menyekat pembentukkan Malaysia.

9. Seramai 590 nyawa di kalangan tentera dan gerila Indonesia rebah tersungkur dalam pertempuran dan Malaysia serta negara komanwel lain kehilangan 114 korban.

10.222 tentera dan gerila Indonesia mendapat kecederaan manakala 771 menjadi tahanan perang sepanjang perang terhad atau konfrantasi yang berlaku di antara 1962 hingga 1966 ketika itu.

11.Sebelum terjadinya isu kepulauan Sipadan dan Ligitan, saya memerhatikan rakyat serta media Indonesia memandang tinggi ke atas negara ini malah pembelian MIG-29 dan Hornet Malaysia menjadi contoh klasik yang sering digunakan oleh media mereka apabila membandingkan keadaan pesawat F-16 dan Hawk mereka yang tersadai akibat kekurangan alat ganti berikutan embargo yang dikenakan oleh dunia barat ke atas mereka ini.

12.Selepas kedua-dua pulau itu dimenangi oleh Malaysia melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada tahun 2002, luka dan sifat "inferiority comlex" orang-orang Indonesia berdarah kembali.

13.Semasa perbicaraan mengenai tuntutan kedua-dua pulau ini sedang dibincangkan, Filiphina ketika itu cuba mengambil kesempatan memasukkan tuntutannya ke atas Sabah tetapi ia ditolak mentah oleh ICJ.

14.Nada-nada benci dan gelaran "Malingsia" (Melayu Pencuri) atau "Malay" mula menjadi ukuran maki hamun mereka, malahan panggilan "Indon" ke atas bangsa itu amat-amat menaikkan darah mereka.

15.Masalahnya, orang Malaysia, tidak peduli jika mereka dipanggil "Malingsia" kerana perkataan itu kedengaran begitu asing dan tidak begitu berjaya menjejaskan emosi orang-orang Melayu di sebelah sini.

16.Panggilan "Malay" sebagai lawan kepada "Indon" juga tidak begitu diambil pusing oleh orang-orang Melayu kerana mereka ini tidak nampak bagaimana ayat pendek itu boleh dijadikan sebab penghinaan kepada bangsa kita.

17.Saya pernah membaca memo dari Kedutaan Indonesia yang melarang keras penggunaan "Indon" yang digunakan oleh media tempatan kita apabila merujuk kepada rakyat Indonesia kerana bagi mereka, singkatan itu sebagai satu bentuk penghinaan.

18.Sekali lagi, isu perebutan kepulauan Ambalat di Laut Celebes pada tahun 2005 menjadi titik noktah terpenting dalam hubungan di antara dua kuasa di rantau ini apabila kapal-kapal perang kedua-dua negara itu mula mencabar di antara satu sama lain.

19.Kemuncak pertikaian hampir menjadi konflik bersenjata apabila kapal Indonesia, KRI Tedong Naga melanggar kapal Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) iaitu KD Rencong sebanyak 3 kali pada 8 April 2005.

20.Dalam insiden itu, KD Rencong yang sudah berusia lebih dari 30 tahun rosak di beberapa bahagian makala, KRI Tedong Naga, yang merupakan besar kapal corvette dari dibelai terpakai dari Jerman Timur hanya terkopek cat.

20.Semasa isu tersebut, Malaysia menghantar pesawat-pesawat Hawknya ke pengkalan TUDM di Labuan sebagai langkah berjaga-jaga manakala satu operasi khas dibuat untuk menahan kesemua warganegara Indonesia di sekitar bandar Labuan.

21.Indonesia turut mengirimkan empat pesawat F-16 mereka ke pengkalan udara di Balikpapan.

22.Pihak Indonesia turut merekodkan "kononnya" 35 pecerobohan oleh kapal dan pesawat Malaysia pada tahun 2006.

23.Media Indon juga diilihat menjadi batu api dan membakar semangat juang rakyat Indonesia
sehingga menjadi begitu kemuncak apabila, akhbar Kompas mereka-reka permohonan maaf dari
Menteri Pertahanan ketika itu iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

24. Ketua Pengarang Kompas, Suryopratomo kemudian membuat permohonan maaf dalam sebuah berita yang dilaporkan di halaman depan harian tersebut pada 4 Mei 2005, di bawah judul Kompas dan Deputi Perdana Menteri Malaysia Sepakat Berdamai.

25.Saya pada ketika ini berada di Surabaya, Indonesia dan rasa takut-takut juga jika terperangkap dalam api kemarahan rakyat Indonesia, sebelum berlaku apa-apa, sempat juga saya membeli belah dan melawat monumen kapal selam Indonesia.

26.Sempat juga saya melakukan tinjauan dan berbual dengan beberapa orang rakyat Indonesia yang beranggapan, isu tersebut merupakan tektik untuk mengalihkan perhatian rakyat Indonesia terhadap kenaikan harga minyak oleh Pertamina di republik terbabit.

27.Akibatnya, secara senyap, pelabur-pelabur Malaysia yang banyak memegang saham dalam media cetak serta elektronik Indonesia mula memberi ugutan kepada mereka, jika pihak media Indonesia terus menjadi api di dalam sekam terhadap isu Ambalat ini, pelabur-pelabur yang terdiri dari rakyat kita akan menarik pelaburan mereka.

28.Syarikat-syarikat gergasi Indonesia termasuk korporat media mereka menjadi begitu takut kerana republik Indonesia pada saat itu amat memerlukan bantuan dan pelaburan dari Malaysia, isu tersebut kemudian terpadam begitu sahaja.

29.Moralnya janganlah bising sangat apabila ada rakyat kita menanam modal di luar negara, ada sebab sebenarnya, kalau tidak tahu, janganlah bising sangat, kronilah, nepotismelah...banyakkan membaca buku lebih baik dari terikut-ikut orang berteriak.

30.Saya juga mendapat maklumat semasa operasi menyelamat di Acheh, Tentera Indonesia sering menganggu hubungan komunukasi radio tentera Malaysia yang terlibat dalam operasi di situ malah pada satu ketika, tentera mereka sengaja mendatangkan tekanan agar pasukan penyelamat kita cepat balik ke Malaysia.

31.Bukan itu sahaja, saya juga sering mendengar curi melalui sejenis alat khas yang dipanggil "Scanner" gangguan radio amatur Indonesia yang memasuki siaran kecemasan pasukan keselamatan dan penyelamat kita seperti milik bomba.

32.Gangguan ini dibuat melalui penyiaran lagu-lagu keroncong atau dangdut.

AMBALAT HARI INI

33. Terkini pada 25 Mei lepas, kapal TLDM, KD Yu (Fast Attack Craft-Gun) yang sudah tua, hampir sahaja ditembak oleh kapal Indonesia, KRI Untung Suropati, kapal korvet serba lengkap hasil belian terpakai dari negara Jerman Timur.

34. Beberapa hari kemudian, KD Baung sekali lagi didakwa mencerobohi perairan Ambalat dan segera dihalau oleh KRI Untung Suropati.

Thursday, June 4, 2009

KEMALANGAN.. OH KEMALANGAN

REMBAU – Seorang maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di KM24.5 Jalan Seremban Tampin, berhampiran persimpangan masuk Kampung Seberang Batu Hampar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 12.25 pagi itu, pemandu kereta Proton Saga dan penumpangnya mengalami cedera parah selepas tersepit ekoran bahagian depan kereta remuk kesan pelanggaran dengan lori berkenaan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Mohd Dom berkata, kereta yang dipandu mangsa, Mohd Rizan Zainal, 26 dari arah Tampin ke Seremban bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Kuala Klawang, Jelebu tersepit di tempat duduk pemandu dan berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau.

“Penumpang kereta, dikenali sebagai Supian Salim, 23 turut tersepit dan berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan parah.

Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Seremban, manakala pemandu lori yang sehingga kini tidak diketahui identitinya, hanya mengalami cedera ringan,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mizan, pemandu kereta berkenaan meninggal dunia di Hospital Seremban, pada jam 8.10 pagi, ekoran kecederaan parah di kepala, selain mengalami patah kaki dan tangan.

Mizan berkata, siasatan mengenai kejadian masih dilakukan pihaknya.

BudakMoncheh: Sekarang banyak betul kemalangan. Di Sungai Dua, Gemencheh depan SK Sungai Dua berlaku kemalangan ngeri siap terbakar kenderaan tersebut. Diharap khusus PBT, Polis & JKR ambil tindakan yang sewajar.

Sunday, May 24, 2009

LTTE, HINDRAF & SAMY VELLU






Samy Vellu bersimpati dan menuduh Sri Lanka melakukan genosid tanpa bukti ditangannya. Bagaimana pula dengan tindakan LTTE yang memmbunuh dan menyembelih 147 jemaah sebuah masjid di Batticaloa pada Ogos 1990?

Enam hari kemudian, LTTE menawan beratus-ratus orang awam Islam dan membunuh lebih 200 dari mereka dengan kejam. Mereka mahu melakukan genosid! Inikah watak sebenar apa yang disokong Samy Vellu?

Nilai dengan fikiran yang waras...



Kejam & Binatang

Monday, May 11, 2009

BERITA TERKINI: PERIHAL DUN PERAK

Awal pagi tadi lebih kurang jam 2.00 pagi,seorang Adun Pakatan bintang tiga telah menghubungi seorang pegawai Dr.Zambry.

Adun ini mewakili beberapa rakan-rakannya dalam Pakatan bintang tiga meminta pegawai ini memberitahu Dr.Zambry supaya proses pengundian usul di sidang tergempar nanti diadakan secara sulit.

Mereka berkata jangan buat undi angkat tangan,kerana amat sukar bagi mereka untuk membantah. Mereka tidak bersetuju dengan nizar bintang tiga untuk membubarkan Dun.

Mereka juga berkata yang mereka akan menyokong usul undi tidak percaya oleh BN terhadap nizar bintang tiga. Kami nak ajar nizar cukup-cukup kali ini. Sebab itu kami minta undi sulit diadakan. Itulah keluhan Adun berkenaan.

Adun berkenaan berkata,sekurang-kurang 10 adun yang tidak bersetuju dengan pembubaran Dun dan tidak menyokong nizar bintang tiga sebagai MB.

Ulasan saya :

Memanglah adun-adun ini tidak bersetuju dengan pembubaran DUN,kerana mereka takut hilang gaji mereka 5-6 ribu sebulan. Kalau bubar DUN belum tentu mereka akan dicalonkan balik.

Sekiranya dun dibubarkan, sewaktu pengagihan kerusi antara pakatan bintang tiga ini ,pasti akan ada kekecohan. DAP kata aku kena dapat lebih, PAS pula kata,aku pun nak lebih juga. PKR pula kata aku hebat juga aku pun nak lebih juga.

Itu baru bab kerusi,belum bab calon lagi. Dulu tak jangka menang,maka diletaknya calon-calon cap ayam pun tak kisah lah. Tiba-tiba menang dan tubuh kerajaan ,haru biru dibuatnya. Maka ,apa lagi ? seriaulah bulu roma orang-orang yang cerdik ni bertanding.

Kerusi sudah,,calon pun sudah,maka mereka menang lah pilihanraya,boleh tubuh kerajaan. Maka bersorak gembiralah orang-orang Pas di malam keputusan diumumkan,kerana kononnya nizar bintang tiga akan jadi MB balik.

Ptuiiiiiii...kamu jangan haraplah nizar bintang tiga akan jadi MB balik, apa kamu ingat DAP bodoh ke ? Kamu yang bodoh, bila ada cina DAP baca sepatah dua ayat Quran maka gegak gempita disambut dengan seruan takbir. Itu semua gula-gula ja.

Wahai orang-orang Pas ketahuilah oleh mu yang DAP itu tak bodoh,mereka akan berusaha secara halus untuk menghapuskan kuasa melayu di Malaysia dan bermula di Perak.

Kenapa saya cakap DAP tak bodoh ? Kerana sewaktu p/raya diadakan DAP telah meletakan seorang calon melayu untuk dijadikan sandaran sebagai MB Perak jika mereka memenangi lebih kerusi berbanding PAS dan PKR. Sudah tentu DAP akan ada kerusi yang lebih kerana 45 % pengundi di Perak adalah pengundi cina.

Calon melayu yang diletakan itu adalah Tunku Abd Aziz,Naib Presiden DAP. Beliau baru sahaja menyertai DAP tahun lepas,tapi terus di beri jawtan penting. Apa agenda mereka ?

Sekiranya kuasa melayu hilang di Perak ,maka nizar anjing ini dan pengikut-pengikutnya harus disalahkan. Bila mereka mati nanti,kita kerah anak cucu kita kencing atas kubur mereka.

Ikuti siri pembohongan nizar bintang tiga dan mohon rakan blogger sebarkan.klik sini

Apa yang sebenarnya Raja Nazrin kata kepada nizar bintang tiga ?